Aktiviti Kreatif Menggunakan Bahan Kitar Semula
Jika kuantiti barang kitar semula ini banyak mungkin anda ringan tulang untuk menjualnya di tempat pengumpulan bahan terbuang, dapat juga sedikit wang. Tetapi jika kuantitinya sedikit, tunggu dipungut lori sampah lah jawabnya. Satu kerugian yang amat besar. Jom kita buat aktiviti menarik dan berbaloi dengan kreativiti kitar semula.
1. Lampu Gantung dibuat daripada kotak.
2. Kolam Mini menggunakan tayar terbuang
Tayar terbuang seringkali dijadikan tempat tanaman pokok bunga. Apa kata kali ini, anda jadikan ianya sebuah kolam mini. Menarik bukan?!
3. Hiasan Dinding menggunakan kotak dan sudu plastik.
Hasil seni hiasan dinding yang sangat indah dan memukau pandangan dengan hanya menggunakan kotak dan sudu plastik terpakai. Dengan bermodalkan kurang daripada RM10, kini menjadi hiasan yang mungkin bernilai puluhan ringgit nilainya.
4. Membuat Pasu Bunga menggunakan botol plastik
Botol plastik yang kelihatan biasa diolah menjadi pasu bunga yang sungguh menarik.
5. Bekas Hiasan menggunakan botol plastik
Lihatlah betapa menarik dan comelnya bekas hiasan ini. Jika tidak dibelek dengan teliti, pasti tiada siapa yang tahu ianya dihasilkan daripada botol plastik terpakai.
6. Bunga Hiasan daripada cawan kertas
Hanya sekali minum, pasti ianya dibuang. Itulah nasib cawan kertas. Pakai dan buang, sungguh membazir! Apa kata anda gunakan ia semula untuk dijadikan bunga hiasan yang unik dan tampak ekslusif sekali.
BAHAN-BAHAN KITAR SEMULA YANG BOLEH DIJADIKAN PELBAGAI BARANGAN KREATIF